Baju Baru

Assalamualaikum readers .

Tak nak taip panjang malam nhe . Ini adalah disebabkan kejutan kerja yang menyebabkan mata teramat berat , tenaga lowbat gyla babes , segala urat dan sendi bagai nak tercabut . Hoho . Apakah ?? =.=' 

Okay , entry kali ini just di ungkapkan melalui gambar . 



Taraaaa ! Dah ada baju baru . Motif memilih encik monyet ? Ouh , tiada apa - apa motif melainkan encik monyet itew senyum kambing melihat aku . Hahahaha XD .

Aku Pantang Bila

Assalamualaikum readers .

Adoi , apa yang aku pantang sangat tuh ? Haha , okeh , aku akui yang aku teramat - amat cerewet tahap dewa jika earfon aku terlilit , meliliit dan dililit . Hahaha XD . Sadis ayat .

Okay kawan - kawan , faham tak maksud terlilit . Jika sukar hendak memahaminya , sila rujuk gambar di bawah . 


Fine , beliaw terlilit dengan bangga . Hahaha . Ok , aku paling tak suka if benda nhe terlilit . Sebab , secara automatiknya aku umpama menjahit baju sedangkan aku tengah meleraikan beliaw . Fuhh . WTF . 

Kenyataan Terbaru - Semporna , Sabah

Assalamualaikum readers .

LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA

YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa


Jangan Keluar Rumah ?

Assalamualaikum readers .

Suasana Panik dgn siren yg sda berbunyi dgn arahan "jgn keluar rumah" bagi mereka yg berada di kg.simunul, kg air n kg sri jaya Semporna. Mesej dr sorg teman- keadaan panik ada kedengaran tembak-menembak dan kapal polis berada d laut serta elektrik jga terpadam - doakan smoga smua anggota keselamatan , saudara mara sahabat handai slmt dlm lindunganNya..amin


Sumber : Facebook 

p/s : hobi dah tukar , main copy paste jer lah .

AL-FATIHAH =,(

Assalamualaikum readers .

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.


Sumber : Polis Diraja Malaysia