Hai readers . Entry ini adalah kesinambungan dari ENTRY INI .
Pernah aku demam gara-gara kau . Sebab kena sampuk dek antu pisang . Haha . Tym tue nak dekat maghrib . Aku risau sebab kau tak naik-naik lagi kat rumah . So , aku pown turun lar cari kau . Aku nampak kau kat pokok pisang . Tengah stay-stay . Huhu . Aku pown pegi lar sana . Angkat kau and bawa kau naik rumah . Esoknya aku demam . Badan aku menggigil kesejukan and kepala aku panas . Huhu . Takpe , yang penting kau tak hilang . Kan .
Pernah sekali kau tidur sama aku . Gundah gulana okay kau tidur . Nasib saja kau tia cakar muka aku . Kau juga pernah sakit . Aku risau tym kau sakit tue . Kau lansung tia mau makan . 2 hari jugak lar kau gtu . Aku tanya nenek aku kot-kot kat pekan ada tak klinik haiwan . Nenek cakap takde . Erm , risau aku tengok kau gtu . Tapi , 3 hari lepas tue kau sehat balik and makan dengan lahapnya . Haha .
Aku selalu mandikan kau tiap-tiap hari Jumaat . Haha . Kau suka mandi . Tym mandi kau tak pula lari-lari . Rela jer kan nak dimandikan . Pas mandi aku kurung kau dalam bilik . Kau keringkan badan kau . Lepas tue kau akan tidur sampai jam 5 . Kalau kau tak bangun aku akan paksa kau bangun biarpown kau mengamuk sama aku . Hahaha .
Erm , 12 Februari , aku bercadang mau mandikan kau . Tapi , aku takut kau kesejukan sebab dah petang dah tym tue . Erm , macam hari-hari biasa . Kau makan , minum , bermain , main sama aku guna hanger . Huhu . And kau naik atas tingkap and mata kau asyik pandang kat jalanraya jer . Aku marah kau sebab takut kau jatuh . Erm , kau turun and aku tia tau kau pergi mana . Aku stidi sja sebab ada pakcik and makcik aku duduk kat tangga . Aku tengah tengok MELODI tym tue .
Tiba - tiba , nenek aku cakap " Kucing cil ! "( nama pakcik aku ) . Aku berlari keluar and nampak kau dah menggelupur kat jalanraya . Darah kau mengalir kat atas jalanraya tue . Handfon aku terlepas dari tangan . Aku tia peduli . Nenek aku angkat kau pegi bawah umah . Aku berlari turun . And aku tia tecakap apa-apa . Just airmata aku saja yang kuar mengalir . Aku pegang kau . Aku goyang badan kau . Muka kau hancur , Biji mata kau tersembul keluar . Airmata aku membasahi badan kau . Aku dengar kau mengiaw . Aku tau kau sakit . Sakit sangat-sangat . Tapi aku mau kau bertahan . Perlahan-lahan aku tanggalkan loceng kat leher kau . Aku belai-belai kau buat kali terakhir . Sebab aku tau kau akan pergi tinggalkan aku . Lama okay aku stay sama kau . Tangan aku kena darah kau . Tapi aku biarkan saja . Ntah dimana hilangnya rasa geli aku sama darah . Aku sangat berharap kau bangun tym tue . Tapi , tidak akan terjadi kan .
Hampir 1 jam aku stay sama kau . Sukar aku mau lepaskan kau pergi . Tapi aku redha . Sebab Allah sayangkan kau . Lastly , aku naik rumah and cuci tangan aku . Aku genggam erat loceng kau . Airmata aku masih lagi mengalir deras . Nenek aku suruh makan . Aku cakap aku tak lapar . Aku sedih sangat-sangat tym tue . Dad tym tue kat Beaufort . Dia call aku . Aku tia tecakap tym tue . Just menangis saja . Adik aku yang becakap sama dad aku . Pakcik aku mandikan and kapankan kau tym tue . Tapi aku tia sanggup tengok kau kena kubur . Kau tau tak , sampai sekarang aku tak tahu kubur kau kat mana . Huhu .
Malam tue , aku masih lagi sedih . Tapi aku sorok kesedihan aku demi kau . Aku tau kau mesti sedih kan tengok aku gini . Tym aku mau tidur tue , aku simpan loceng kau kat bawah bantal . Ada lagi kesan darah kau kat loceng tue . Erm , tym tue jam menunjukkan 3 pagi . Tiba-tiba aku terdengar bunyi mencakar kat tingkap , bunyi macam bunyi kau selalu melompat naik kat rumah . Perasaan aku kuat mengatakan yang roh kau berlegar-legar kat rumah malam tue . Aku just senyum saja . Aku faham maksud kau . Kau tak mau aku sedih lagi . Sebab Allah akan menggantikan yang lebih baik dari kau kan . Tapi aku tetap tia boleh lupakan kau . Sebab bagi aku , kau sahabat aku , biarpun kau cuma seekor kucing .
Aku sentiasa doakan kau tenang kat sana . =')
Nenek aku bagi 3 ekor untuk gantikan kau . Ngee~
Panjang berjela surat aku untuk seekor kucing . Huhu .
p/s : Menangis aku tulis entry kali ini . Kecewa sebab orang sanggup langgar lari kucing . Kucing tue berdosa ekk ?
No comments:
Post a Comment
Jom komen banyak - banyak kat sini !