Hye Ford Fiesta !!

Assalamualaikum .


Cantik kan . Maybe boleh letak kot wishlist aku dalam 5 tahun yang akan datang . Haha . 



Nak tahu lebih lanjut ? Boleh KLIK SINI --> NEW FORD FIESTA

Sakit Mata

Assalamualaikum 

Haiyyoo . Sakit mata lah pulokkk . Ermm , tak teruk sangat . Just ada biji kecil kat dalam kelopak mata .


Huhu . Pedih and gatal okay . Hurm . Hope cepat baik . 

SEGMEN MARI TAMBAHKAN FOLLOWER BY DIK AN




Klik Banner


Play Store Kat PC ??

Assalamualaikum.

Terkejut ? Jakun ? Terlambat ? Hahaha , nhe kot perasaan aku sekarang apabila mendapat tahu a.k.a baru tahu yang play store dah ada kat PC . 




Yeahh . Jadi bolehlah kot download Line . Hahaha .


Segmen Bloglist DJH Oktober

Assalamualaikum

Klik Banner



Segmen Jom Tambahkan Followers

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join

Komen blog :

> Centrekan header
> Kemaskan sidebar 

Yang lain semua okay jer =)

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Perlukah ??

Assalamualaikum


Perlukah benda alah ini ditempek untuk berkongsi cerita , berita , pengetahuan , info , gosip terhangat kononyer dan sebagainya ?

p/s : feduplah orang mau baca blog kau 

Segmen: Bloglist Istimewa Ayuinsyirah Tahun 2013

Assalamualaikum



Klik banner untuk join 

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalamualaikum 


Klik banner untuk join

Pendapat/Pengalaman :

Aku sebenarnya takde pengalaman lansung dalam menjana pendapatan melalui blog nhe . Aku akui . Blog memang menjana pendapatan biarpown hanya dari segi sampingan . Sekurang-kurangnya ada jugak income masuk kan . Banyak cara nak dapatkan pendapatan sampingan melalui blog nhe . Antaranya Nuffnang , Churp-churp and pastinya meletakkan iklan berbayar dalam blog kita . Jeles jugak bila baca blogger lain dapat income melalui blog . Rasa-rasanya nak jugak try . Hehe . 

Selamat Bersegmen =)

Segmen : Bloglist Oktober

Assalamualaikum 


Klik Banner untuk Join 

Due Date : 19.9.2013

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum

Sedang mengaktifkan diri dengan segmen yang blogger buat . Insyallah kalau ada masa free bole join okay .



Klik Banner atau klik SINI untuk join


Wordless Wednesday

Assalamualaikum


T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY





Klik SINI
Bermula 16 September - 23 September 2013






Hye IPhone 5S

Assalamualaikum .



Apple hari ini memperkenalkan iPhone 5s dengan cip terbaru A7 64-bit, kamera 8 megapiksel serba baru dengan teknologi ‘True Tone flash’ dan pengesan cap jari ‘Touch ID’ yang inovatif untuk unlock iPhone anda dengan hanya meletakkan jari.
iPhone 5s menggunakan iOS 7 yang menyokong 64-bit dengan ratusan fungsi baru, antaranya Control Center, Notification Center, Multitasking serba baru, AirDrop, fungsi Photos yang baru, Safari yang lebih baik, penambahbaikan kepada Siri, iTunes Radio dan banyak lagi.



A7 Processor


Cip A7 yang baru ini buat pertama kalinya dalam sejarah smartphone, menyokong 64-bit yang setaraf dengan desktop. Dengan GPU dan CPU dua kali lebih berkuasa berbanding cip sebelum ini, apa sahaja yang anda lakukan lebih pantas dan grafik lebih cantik, dalam masa yang sama menggunakan kuasa bateri yang sedikit.
iPhone 5s dikatakan cukup berkuasa dengan menggunakan OpenGL 3.0 yang terbaru bersama-sama dengan cip A7 64-bit, menghasilkan prestasi cukup hebat dimana sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh Mac dan konsol permainan sahaja.

M7 Motion Co-processor


iPhone 5s mempunyai satu cip baru yang dinamakan M7, mengutip data-data daripada sensor accelerometer, gyroscope dan compass untuk meringankan beban cip A7 serta menjimatkan bateri. Para pembangun juga boleh mengakses ‘A.P.I.’ cip ini untuk mencipta aplikasi-aplikasi kesihatan dan ‘fitness’.

Camera


Kamera iPhone 5s masih mengekalkan 8 megapiksel tetapi ditambah dengan beberapa perkara baru. Aperture kini lebih besar iaitu f/2.2 dan sensor lebih baik, 1.5μ piksel untuk gambar kurang cahaya lebih baik. Penambahbaikan ini, bersama-sama dengan cip ‘image signal’ ciptaan Apple di dalam A7 membuatkan auto fokusnya dua kali lebih pantas, menangkap gambar dengan lebih cepat serta ‘automatic stabilization’ untuk gambar dan video.


Selain itu, iPhone 5s kini menggunakan dua LED flash yang berbeza, diberi nama True Tone. Menurut Apple, teknologi ini adalah yang pertama di dunia. Flash pada bahagian belakang tersebut akan mengubah kombinasi warnanya mengikut suasana dan menghasilkan gambar yang lebih natural. iPhone 5s juga mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Burst Mode dan rakaman slow-motion HD 720p dengan 120fps.

Fingerprint Scanner


Apple memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari yang diberi nama Touch ID, dibina di dalam ‘home button’ dan menggunakan material terbaik iaitu kaca sapphire untuk mengenalpasti cap jari anda. Menetapkan cap jari anda sangat mudah dan ia boleh dikesan daripada mana-mana arah sehingga 360 darjah.
Pengimbas tersebut hanya aktif apabila jari diletakkan di atasnya untuk menjimatkan bateri. Maklumat jari anda hanya disimpan dengan selamat di dalam cip A7 dan Apple tidak mengambil data tersebut. Buat masa ini, Touch ID digunakan untuk unlock iPhone anda dan transaksi di iTunes/App Store.


iPhone 5s mempunyai 3 pilihan warna iaitu gold, space grey dan silver. Ianya akan mula dijual di US, Singapore dan beberapa negara lain pada 20 September ini dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Harga tanpa kontrak adalah $649, sekitar RM 2199.

Alhamdulillah . She's Fine =)

Assalamualaikum.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan sebuah kemalangan yang melibatkan seorang artis dan anak beliau . Mesti korang dah tau kan . Yer . Artis yang dimaksudkan itew ialah Nabila Huda . Ok , beliau antara artis kesukaan kiterr tau . Biarpown seksi meksi giteww . Huhu . Dahlah dob sama ( tetiba ) .

Ok . Semalam ada tengok meletop . And beliau antara tetamu jemputan . Alhamdulillah . Beliau sehat tapi maybe ada trauma sikit sebab beliau cakap pown nampak sangat lemahnya . Anak beliau pown ok jugak just tangan terseliuh katanyer .







Alhamdulillah . Semua selamat =) . Sedih dengar Nabila cerita kejadian tue semalam . Huhu .



p/s : Sekarang nhe timbul pula cerita yang ex-husband Nabila ngamuk kat twitter.

KEBENARAN ISLAM TENTANG KUCING

Assalamualaikum .

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.




Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.



Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

  2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

  4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

  5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).



Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

p/s : i copy paste jer nhe semua . hewhew . thanks http://dakwatblack.blogspot.com/