Hye IPhone 5S

Assalamualaikum .



Apple hari ini memperkenalkan iPhone 5s dengan cip terbaru A7 64-bit, kamera 8 megapiksel serba baru dengan teknologi ‘True Tone flash’ dan pengesan cap jari ‘Touch ID’ yang inovatif untuk unlock iPhone anda dengan hanya meletakkan jari.
iPhone 5s menggunakan iOS 7 yang menyokong 64-bit dengan ratusan fungsi baru, antaranya Control Center, Notification Center, Multitasking serba baru, AirDrop, fungsi Photos yang baru, Safari yang lebih baik, penambahbaikan kepada Siri, iTunes Radio dan banyak lagi.



A7 Processor


Cip A7 yang baru ini buat pertama kalinya dalam sejarah smartphone, menyokong 64-bit yang setaraf dengan desktop. Dengan GPU dan CPU dua kali lebih berkuasa berbanding cip sebelum ini, apa sahaja yang anda lakukan lebih pantas dan grafik lebih cantik, dalam masa yang sama menggunakan kuasa bateri yang sedikit.
iPhone 5s dikatakan cukup berkuasa dengan menggunakan OpenGL 3.0 yang terbaru bersama-sama dengan cip A7 64-bit, menghasilkan prestasi cukup hebat dimana sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh Mac dan konsol permainan sahaja.

M7 Motion Co-processor


iPhone 5s mempunyai satu cip baru yang dinamakan M7, mengutip data-data daripada sensor accelerometer, gyroscope dan compass untuk meringankan beban cip A7 serta menjimatkan bateri. Para pembangun juga boleh mengakses ‘A.P.I.’ cip ini untuk mencipta aplikasi-aplikasi kesihatan dan ‘fitness’.

Camera


Kamera iPhone 5s masih mengekalkan 8 megapiksel tetapi ditambah dengan beberapa perkara baru. Aperture kini lebih besar iaitu f/2.2 dan sensor lebih baik, 1.5μ piksel untuk gambar kurang cahaya lebih baik. Penambahbaikan ini, bersama-sama dengan cip ‘image signal’ ciptaan Apple di dalam A7 membuatkan auto fokusnya dua kali lebih pantas, menangkap gambar dengan lebih cepat serta ‘automatic stabilization’ untuk gambar dan video.


Selain itu, iPhone 5s kini menggunakan dua LED flash yang berbeza, diberi nama True Tone. Menurut Apple, teknologi ini adalah yang pertama di dunia. Flash pada bahagian belakang tersebut akan mengubah kombinasi warnanya mengikut suasana dan menghasilkan gambar yang lebih natural. iPhone 5s juga mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Burst Mode dan rakaman slow-motion HD 720p dengan 120fps.

Fingerprint Scanner


Apple memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari yang diberi nama Touch ID, dibina di dalam ‘home button’ dan menggunakan material terbaik iaitu kaca sapphire untuk mengenalpasti cap jari anda. Menetapkan cap jari anda sangat mudah dan ia boleh dikesan daripada mana-mana arah sehingga 360 darjah.
Pengimbas tersebut hanya aktif apabila jari diletakkan di atasnya untuk menjimatkan bateri. Maklumat jari anda hanya disimpan dengan selamat di dalam cip A7 dan Apple tidak mengambil data tersebut. Buat masa ini, Touch ID digunakan untuk unlock iPhone anda dan transaksi di iTunes/App Store.


iPhone 5s mempunyai 3 pilihan warna iaitu gold, space grey dan silver. Ianya akan mula dijual di US, Singapore dan beberapa negara lain pada 20 September ini dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Harga tanpa kontrak adalah $649, sekitar RM 2199.

1 comment:

  1. Iphone 5s and Iphone 5c new rumors for China Market.
    For this to be even more intruding, other sources have claimed that
    Apple has negotiated with Time Warner Cable to add some live channels to
    its set-box. The i - Phone with a gold-colored body is rumored to be revealed in
    September Read more.

    my web-site :: iphone 5s in karachi

    ReplyDelete

Jom komen banyak - banyak kat sini !