Assalamualaikum.Untuk pengetahuan korang semua, aku baru je dapat install satu pelayar(browser) yang baru dinamakan Rockmelt. Browser ini bagi aku amat sesuai untuk semua pengguna terutama pengguna yang aktif dalam laman jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter.
Nak cakap banyak aku tak berani pulak sebab aku pun baru je menggunakan RockMelt ni. Tapi aku akan cuba buat sedikit review mengenai rockmelt ini khas untuk korang semua. Kalau ada yang tak lengkap maafkan la k. Aku pun masih dalam proses mengenali RockMelt ni. Setakat ni bagi aku memang superb je. hehe
DESIGN
Dari segi rekabentuk antaramuka, RockMelt ni gunakan rekabentuk yang agak simple dan menarik untuk aku. Rekabentuk asasnya memang sama dengan Google Chrome, tapi aku tak pasti pula kalau RockMelt ni cuma Google Chrome yang diedit ataupun memang paten yang di daftarkan sendiri oleh RockMelt.
Dengan senarai kawan di Facebook pada sebelah kiri browser korang, memang senang nak berhubung dengan kawan-kawan yang ada di dalam facebook korang seperti chat, menulis pada wall, dan berkongsi link, tanpa perlu membuka halaman facebook. Memang memudahkan korang. Selain tu terdapat butang share untuk memudahkan korang berkongsi apa sahaja yang korang jumpa ketika melayari internet terus ke halaman facebook ataupun twitter korang. Tak perlu susah payah nak salin or copy link url tersebut. Dengan tekan button share, korang terus boleh pilih sama ada nak dikongsi di facebook ataupun Twitter. Hehe
Pengguna twitter pula ada disediakan satu bahagian di sebelah kanan pelayar nih. Bila korang klik pada icon twitter di bahagian ni, timeline bagi akaun twitter yang korang dah daftar masuk akan dipaparkan dari sini. Lebih kurang macam plugin echofon pada mozilla, tapi dengan paparan yang lebih kemas dan teratur pada RockMelt nih. Selain tu, dengan Rockmelt ni ada disediakan popup notification pada bahagian bawah kanan untuk memaklumkan mengenai tweet ataupun chat dari facebook yang diterima.
Pada Rockmelt ni juga turut disediakan bahagian untuk feed blog-blog yang kita selalu lawati. Feed ni macam satu notification la bagi blog-blog. Bila blog yang korang daftar feednya diupdate, korang akan dimaklum secara automatik tanpa perlu pergi ke blog tu. Jadi, dengan ada bahagian feed blog ni, korang boleh check blog kegemaran korang dari browser sahaja sama ada sudah dikemaskini ataupun belum. Kalau dah kemaskini, klik sahaja pada entry terbaru dan secara automatik korang dibawa ke halaman blog tersebut. Mudahkan. Hehe
Rasanya setakat ni itu sahaja yang dapat aku lihat berkenaan RockMelt ni. Aku harap agar penulisan ni dapat membantu korang mendapatkan gambaran mengenai Rockmelt. Rasanya buat masa sekarang masih tak ramai yang menggunakan RockMelt ni sebab untuk menginstall RockMelt ni korang mesti mendapat invitation daripada developer RockMelt ni sendiri. Tapi jangan risau, kalau korang berkenan untuk mencuba Rockmelt ni, korang boleh mendaftar untuk mendapatkan RockMelt ni di http://www.rockmelt.com .
my acc facebook at rockmelt
ok. Selain itew jugak aku ada buat acc gmail ok. Ini disebabkan sifat jeles kpada my parents coz dorang yang wat gmail nhe dulu dari aq. Dorang ckap yang gmail nhe lagi laju dari ymail. Mula-mula tak caye gak. Last-last aku buatlar jugak. Aku sangat tertarik ngan dier punya themes ok. Sangat comey ok . Disebabkan aku nhe minat pink colour and ada plus biru sikit aku pown pilih lar themes nhe. Tengok yer.
Comey kan. Haha
ok. Itew ajer. Buibui
smua la baa.. haha~
ReplyDeletehaha
ReplyDelete