Khasiat Buah Epal Hijau

Assalamualaikum readers .

 Fine , sejujurnya entry kali ini aku buat copy paste jer . Malas nak naip . Hewhew .

Tidak ramai yang tahu tentang khasiat makan buah epal hijau ini. Kebiasaannya tertumpu kepada epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding hijau sedikit masam. Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.


Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui :
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

So , sekarang aku telah membiasakan diri dengan memakan epal hijau selepas berbuka / menggantikan dengan makanan berat . Makan nasi just sekali sehari iaitu tym sahur jer . Hehe . Alhamdulillah berat badan makin turun . =)




p/s : Jangan lupa bersenam jugak tau . 


Baju Baru Hencik Grand

Assalamualaikum readers .

Kesian tengok hencik grand takde baju baru . Baju yang tokey cina tue bagi free dah lusuh dah . So, aku gigih carikan baju baru untuk beliau . Cari yang murah tapi berkualiti . Bukan maksud aku yang mahal tue tak berkualiti . Cuma nak harga yang berpatutan yer dokk . Hewhew .

So, godek-godek kat instagram jumpa lah jugak pembuat-pembuat casing tegar ini (pown boleh) . Try whatsapp and confirmkan segala design maka terhasilnya baju baru hencik grand .




See , cantik tak design dorang . Seriusly puas hati tau . Dahlah penghantaran cepat . Guna pos laju . Hewhew . Tym abang pos laju hantar kat rumah girang semacam jer hati . Haha . Nak lompat-lompat tapi takut abang posmen lari pulokk . Hahaa .




Mulalah menggedik dengan baju baru hencik grand . Hewhew .





Anda berminat ? Just klik here --> http://instagram.com/mozi_insta or whatsapp/line or sms kat number ini -->019-3232145  

Confirm puas hati =) . 

Dimana Beraya Tahun Nie ??

Assalamualaikum readers .

Alhamdulillah . Hari nhe dah masuk hari ke-11 kita berpuasa . Mesti korang semua dah sibuk untuk persiapan Aidilfitri yang bakal tiba nanti kan . Huhu . Aku macam biasa lah last-last minit baru sibuk nak cari persiapan raya bagai . Kuih raya ? Erm , kalau datang mood rajin made by hand lah . Kalau tak confirm main tunjuk jer . Hahaha .

Tahun nhe nak beraya dimana ? Erm , i'm not sure for this . Belum ada kata putus dari my dady . Erm , selalunya last minit baru confirm nak beraya kat mana . Samada kat rumah atau kat kampung . Hewhew . Sesungguhnya rindu so much ngan kampung . Huuuhhh . 


Nhe raya tahun lalu . Best teramat sebab semua dapat berkumpul . Riuh rendah rumah nenek i nyahhhh . Hahaha .

So ? Korang beraya kat mana tahun nhe ? Share ler .


Puisi Seorang Isteri



Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana aku bukan Allah mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara mengenai setia
Kerana aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentag dia
Kerana aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan

Tudung Lambak

Assalamualaikum readers . 

Mesti korang rasa fedup kan apabila mengemas tudung - tudung bawal korang yang berlambak-lambak tue kan . Terutamanya bagi yang gilakan tudung macam aku . Tak kiralah tudung bawal , tudung masuk or shawl . Hewhew . 

Fine , hari tue mood rajin dan kreatif aku muncul secara tetiba . Disebabkan aku nhe jenis cari tudung secara radak a.k.a main hentam walhal tudung-tudung itew telah tersusun rapi . Apa lagi kalau nak cepat jer kan . Maka tercetusnya idea sebegini rupa . pown boleh =.='



Okay . Ini hasil kerja comot aku . Buat kotak-kotak and susun ikut warna . Hehe . Macam eskrem paddlepop tetiba =3 . 


Okay . Itu sahaja . Tata .

Kebosanan

Assalamualaikum readers .

Tadi , sementara tunggu waktu berbuka sempat lagi kemas bilik . Padahal tak sempat kemas sebab bersiap lambat sangat tadi pagi . Last - last sambung deco tudung kat office . Hoho . Pown boleh katanyerrr . 

Tetiba datang pulak idea hias-hias bilik tadi . Hewhew . Saje jer kan , nak kelainan . Biarpown entah apa-apa punya deco . Eric Leong pown boleh cabut lari . Hahaha . 




Kesemua picture diambil dengan menggunakan handfon . Tiada kena mengena dengan DSLR . Hahaha XD .

Salam Ramadan

Assalamualaikum .

Alhamdulillah . Syukur nikmat Allah tahun nhe dapat lagi merasa Ramadan . Moga Ramadan kali ini menjanjikan yang terbaik untuk kita semua =) .