Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana aku bukan Allah mudah menyebut kun fa ya kun
Tak usah bicara mengenai setia
Kerana aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentag dia
Kerana aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan
sedih rintihan isteri dia :(
ReplyDeleteyup , ;(
Deletepenulis sebenar puisi ne ana hawana :)
ReplyDeleteyer =)
Delete