Assalamualaikum .
Okay , hari nhe nak share resepi biskut coklat cip . Wah , kemain kau . Mentang-mentang nak raya blog pown dah macam buku resepi . Hew .
Bahan-bahan dan cara membuat senang jer . Tak susah mana .
Bahan - bahan :
350 gram mentega
300 gram gula perang
3 biji telur
400 gram coklat cip
10 gram serbuk penaik
20 gram serbuk koko
500 gram tepung gandum
100 gram walnut di cincang halus
Cara membuat :
1 . Pukul mentega dan gula perang hingga naik . Bila tekstur dah ringan masukkan telur satu persatu . Don't be gelojoh guys .
2 . Bila dah sebati , masukkam tepung , serbuk koko dan serbuk penaik . Kacau hingga semua sebati . Guna sudu dahlah . Senang nak kacau . Masukkan pula coklat cip and walnut tadi . And kacau lagi .
4 . Masukkan adunan tadi kedalam loyang . Bentuk mengikut citarasa korang sendiri k . Aku buat simple jer . Buat bola - bola kecil and leperkan guna garfu .
5 . Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celsius .
Tara ! Dah siap . Adunan nhe boleh penuhkan sekontena besar . Hewhew .
Selamat Mencuba
nampak mcam sedap,,tpi tak tahu la rasanya,,
ReplyDeleteni yang buat saya rasa nak try ni,,,hehe