Resepi Cornflakes Madu + Coklat Chip

Assalamualaikum readers .

Kali nhe nak share resepi cornflakes madu + coklat chip . Bahan - bahannya simple jer and senang sangat nak buat .

Bahan - bahan :


500 gram madu lebah
750 gram cornflakes
200 gram mentega
200 gram ceri ( campur )
250 gram coklat cip 
cawan kek 

Cara membuat : 

1 .  Masak madu dan mentega hingga mendidih 


Aku  guna 2 jenis madu . Madu yang solid tue dengan madu yang cair sikit . Motif sebenar adalah menghabiskan stok tahun lalu . Beli jer tapi tak buat =.=' . Tym memanaskan madu and mentega tue make sure uols kacau sehingga mendidih . After mendidih jangan campur terus kat cornflakes . Tunggu lah sejuk dulu k .

2 . Sementara madu and mentega sejuk masukkan cornflakes , ceri and coklat chip dalam besen besar supaya senang korang nak kacau . Kacau hingga sebati . Kacau guna tangan pown boleh . Lagi senang . Jangan guna mulut dah lah .

3 . Sesudah madu and mentega sejuk masukkan jer dalam campuran cornflakes tadi . Jangan hairan kalau coklat chip korang hilang . Hahaha . Maknanya dah cair letew . Lepas tue , kacau lagi hingga semuanya sebati .

  

Kalau nak campur benda lain boleh jugak . Aku letak sesame seeds . Saja nak bagi meriah . Haha . 

4 . Masukkan adunan tadi ke dalam cawan kertas ok . Not cawan kertas untuk minum . And bakar selama 5 hingga 7 minit pada suhu 180 darjah celcius .



Dah siap ! Senang jer kan . Adunan nhe boleh penuhkan 2 kontena besar . Tak payah nak bazir duit beli biskut raya . 





P/S : Fikir nak buat biskut apa lagi esok . Hewhew . Yang penting senang dan jimat kos . 

1 comment:

  1. penah buat kuih conflakes ni raya lepas. raya ni tak kot. sedapp.. ")

    ReplyDelete

Jom komen banyak - banyak kat sini !