Hye readers .
Selamat malam . Sehat tak korang ? Alhamdulillah kalau sehat . Yang tak sehat tue pandai - pandailah ek jaga kesihatan korang . Tinggal 10 hari jer lagi nak sambut raya . 10 terakhir Ramadhan yang ditunggu - tunggu . Kenapa nak tunggu pulak ? Iyalahhh , semua pakat nak rebut keistimewaan Lailatul Qadar kannn . Insyaallah =) .
Okay , sebelum aku taip entry ini lebih panjang , aku nak beri amaran dan pesanan sikit . ENTRY INI BUKAN UNTUK MENGHINA ORANG LAIN , NEGERI LAIN ATAUPUN BANGSA LAIN OKAY . YANG TERASA AKU NAK MINTA MAAF BANYAK - BANYAK . TIADA NIAT UNTUK MENYINGGUNG PERASAAN MANA - MANA PIHAK DAN AKU TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENIMBULKAN KONTROVERSI . SEKIAN .
Hahaha . Semangat pesanan ko tue Wenn . Ngee , tapi apa kaitan pesanan kat atas tue dengan entry ini . Okay , merujuk kepada post tittle aku tue ' Patutkah Sabahan Blogger Menaip Penulisan Entry Blog Dalam Bahasa atau Pelat Semenanjung ? ' .
Hah , faham tak maksud sebenar post tittle aku tue ? Okay , bagi aku lar kan , sebagai seorang Sabahan Blogger , aku rasa aku patut memasukkan unsur dan pelat semenanjung dalam entry aku . Sebab apa ? Sebab :
> bukan semua blogger kat Malaysia nhe asalnya dari Sabah . Majoriti , berasal dari Semenanjung . Ikut followers lar jugak . Tak semua followers korang tue asalnya dari Sabah kan ? Majoriti adalah blogger Semenanjung . Kalau mengikut peratus blogger mungkin dalam 30 % sahaja blogger yang berasal dari Sabah . Lepas tue , tak semestinya 30 % tue aktif dalam berblogger , dan jugak blogwalking .
> Lagi satu pulak , if aku cakap bahasa orang Sabah , confirm ada yang tak faham punya . Terutamanya blogger semenanjung lar kan . Balik - balik kot nak baca entry aku supaya nak fahamkan satu - satu apa yang aku taip . Siap tanya and hantar komen kat aku pulak suh fahamkan diorang balik . Adeh , masalah tue =.=' .
Tapi , dalam penulisan entry Sabahan blogger nhe jugak mestilah ada kan bahasa - bahasa Sabah yang biasa digunakan dan senang untuk difahami . Kadang - kadang ada jugak blogger Sabah yang meluat bila blogger Sabah tulis entry ikut pelat Semenanjung . Contohnya , macam nhe :
> Mengada - ngada lar pulak budak nhe . Kalau orang Sabah tue buat lar cara orang Sabah bah . Mau jugak tulis entry cakap Semenanjung .
Hah . Mesti ada kan korang dengar dari mulut orang lain . Tak pown kawan - kawan korang yang dok ngumpat kat belakang korang . Hah ! Tak baik tau cakap gtu . Sejujurnya , aku bukan nak mengada - ngada nak taip entry aku nhe menggunakan pelat Semenanjung . Hello . Not 100% tau aku taip entry aku guna pelat Semenanjung . Jangan kau hairan tiba - tiba bahasa Sabah aku tekeluar dalam entry aku nhe . Disebabkan aku terfikir mengenai readers and followers aku lar aku terpaksa taip entry guna pelat Semenanjung . Kalau semua blogger yang follow blog aku nhe orang Sabah , ndak payah lar aku mau susah - susah tulis entry dalam pelat Semenanjung okay . Sila faham cuiii . Hhahaha XD . Tak semestinya aku tulis pelat Semenanjung aku lupa kat bahasa Sabah . Haha . Tak mungkin okay . Aku agak sensetif apabila masyarakat lain mengutuk dan memperlekehkan negeri aku sendiri . Ouhh , aku sangat patriotik ! Kan ?
Okay , so ? Ada pendapat lain tak korang ? Aku just minta pendapat , segala makian dan cacian adalah diharamkan dalam blog aku . Terima kasih dan harap maklum . =)