Hye readers .
Selamat malam . Sehat tak korang ? Alhamdulillah kalau sehat . Yang tak sehat tue pandai - pandailah ek jaga kesihatan korang . Tinggal 10 hari jer lagi nak sambut raya . 10 terakhir Ramadhan yang ditunggu - tunggu . Kenapa nak tunggu pulak ? Iyalahhh , semua pakat nak rebut keistimewaan Lailatul Qadar kannn . Insyaallah =) .
Okay , sebelum aku taip entry ini lebih panjang , aku nak beri amaran dan pesanan sikit . ENTRY INI BUKAN UNTUK MENGHINA ORANG LAIN , NEGERI LAIN ATAUPUN BANGSA LAIN OKAY . YANG TERASA AKU NAK MINTA MAAF BANYAK - BANYAK . TIADA NIAT UNTUK MENYINGGUNG PERASAAN MANA - MANA PIHAK DAN AKU TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENIMBULKAN KONTROVERSI . SEKIAN .
Hahaha . Semangat pesanan ko tue Wenn . Ngee , tapi apa kaitan pesanan kat atas tue dengan entry ini . Okay , merujuk kepada post tittle aku tue ' Patutkah Sabahan Blogger Menaip Penulisan Entry Blog Dalam Bahasa atau Pelat Semenanjung ? ' .
Hah , faham tak maksud sebenar post tittle aku tue ? Okay , bagi aku lar kan , sebagai seorang Sabahan Blogger , aku rasa aku patut memasukkan unsur dan pelat semenanjung dalam entry aku . Sebab apa ? Sebab :
> bukan semua blogger kat Malaysia nhe asalnya dari Sabah . Majoriti , berasal dari Semenanjung . Ikut followers lar jugak . Tak semua followers korang tue asalnya dari Sabah kan ? Majoriti adalah blogger Semenanjung . Kalau mengikut peratus blogger mungkin dalam 30 % sahaja blogger yang berasal dari Sabah . Lepas tue , tak semestinya 30 % tue aktif dalam berblogger , dan jugak blogwalking .
> Lagi satu pulak , if aku cakap bahasa orang Sabah , confirm ada yang tak faham punya . Terutamanya blogger semenanjung lar kan . Balik - balik kot nak baca entry aku supaya nak fahamkan satu - satu apa yang aku taip . Siap tanya and hantar komen kat aku pulak suh fahamkan diorang balik . Adeh , masalah tue =.=' .
Tapi , dalam penulisan entry Sabahan blogger nhe jugak mestilah ada kan bahasa - bahasa Sabah yang biasa digunakan dan senang untuk difahami . Kadang - kadang ada jugak blogger Sabah yang meluat bila blogger Sabah tulis entry ikut pelat Semenanjung . Contohnya , macam nhe :
> Mengada - ngada lar pulak budak nhe . Kalau orang Sabah tue buat lar cara orang Sabah bah . Mau jugak tulis entry cakap Semenanjung .
Hah . Mesti ada kan korang dengar dari mulut orang lain . Tak pown kawan - kawan korang yang dok ngumpat kat belakang korang . Hah ! Tak baik tau cakap gtu . Sejujurnya , aku bukan nak mengada - ngada nak taip entry aku nhe menggunakan pelat Semenanjung . Hello . Not 100% tau aku taip entry aku guna pelat Semenanjung . Jangan kau hairan tiba - tiba bahasa Sabah aku tekeluar dalam entry aku nhe . Disebabkan aku terfikir mengenai readers and followers aku lar aku terpaksa taip entry guna pelat Semenanjung . Kalau semua blogger yang follow blog aku nhe orang Sabah , ndak payah lar aku mau susah - susah tulis entry dalam pelat Semenanjung okay . Sila faham cuiii . Hhahaha XD . Tak semestinya aku tulis pelat Semenanjung aku lupa kat bahasa Sabah . Haha . Tak mungkin okay . Aku agak sensetif apabila masyarakat lain mengutuk dan memperlekehkan negeri aku sendiri . Ouhh , aku sangat patriotik ! Kan ?
Okay , so ? Ada pendapat lain tak korang ? Aku just minta pendapat , segala makian dan cacian adalah diharamkan dalam blog aku . Terima kasih dan harap maklum . =)
Nak kurus dan kekal lansing ? KLIK SINI
Sokong!:))
ReplyDeletemarah nampak..hee.....
ReplyDeletehye dear...saya blog sabahan juga...ermm..sy suka guna words mix..sabahan+semenanjung..biar semua pening..hahahhak...kiding..
http://hunyieda.blogspot.com/2012/08/selama-2-minggu.html
Assalam, baik tak payah nanti orang semenanjung tak faham pula apa yg koe tulis tu.. hehehe.. aku pun orang Sabah asal Tawau... hehehe.. mengarut pula aku nie..
ReplyDeleteM setuju gak...M rasa semua blogger bleh wat entry guna dialek negeri masing2 Tp kenalah translet untuk kemudahan dan pemahaman blogger yang kurang faham tu...Macam M, blogger utara, M ada gak selit2 perkataan2 loghat utara tapi M wat kurungan translation kat sebelah perkataan tu...at least blogger lain bleh fhm..
ReplyDeleteBetul2.. sya sokong. tp mana blogger2 sabahan ni..
ReplyDelete