Papa! I Love You!


Hye readers.Hari nhe menaip entry dengan mata yang bengkak macam panda.Erm.Hari nhe aku nak korek sinopsis sebuah filem yang akan ditayangkan pada 29 Disember nhe(Hari nhe lar).Dibintangi oleh pelakon wanita terbaik iaitu Lisa Surihani.And pelakon cilik kita Mia Nasuha and Bahar.

Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.

Nak tahu lebih lanjut?Jom lar kita sama-sama menyerbu panggung wayang yang terdekat  okay!



 Bai.

No comments:

Post a Comment

Jom komen banyak - banyak kat sini !